Tabiat Orang Berjaya

October 08, 2019

PERNAHKAH anda terfikir bagaimana orang lain boleh mencapai kejayaan,apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka boleh berjaya,Apa yang menjadi motivasi mereka? Berapa jam mereka bekerja? Dan apakah pegangan mereka sehingga mereka berjaya mencorak kehidupan yang berbeza daripada orang lain??

Jika perhatikan, orang yang berjaya ini mempunyai persamaan dalam beberapa ciri-ciri tertentu. Salah satu daripada ciri yang terdapat pada orang yang berjaya ialah mereka merupakan pengurus masa yang baik dan mereka mencintai apa yang mereka lakukan.

Pernahkan anda dengar pepatah ini,:
apa yang kita lakukan hari ini akan mempengaruhi hari esok

Jadi,segala apa yang kita lakukan hari ini pastinya akan mempngaruhi kejayaan kita pada hari esok.

kita haruslah fokus 100% dengan apa yang kita buat pada hari ini untuk mencapai kejayaan.

Bagi seseorang pengurus yang bijak, mereka tahu bagaimana hendak menggunakan masa dengan berkesan. Mereka hanya melakukan sesuatu yang produktif dan memberi perhatian kepada aktiviti yang mempunyai kepentingan dan keutamaan yang tinggi.

Mereka juga akan memastikan semua rancangan  berjalan dengan lancar dan orang bawahan menjalankan tugas dengan penuh efisien. Mereka juga menggalakan orang bawahan menjalankan tugas mereka dengan cara tersendiri asalkan hasil yang dikehendaki tercapai.

Mereka membina kekuatan diri, begitu juga dengan kekuatan orang-orang yang bekerja di sekeliling mereka. Apabila berlaku sebarang masalah kakitangan atau ketidakcekapan, mereka lebih memberi fokus kepada pejuangan yang dicetuskan dan bukan menghabiskan masa untuk memikirkan mengenai masalah mereka.

Membuat keputusan yang berkesan juga merupakan satu lagi ciri yang penting. Pengurus yang berjaya boleh membuat keputusan dengan cepat dan berpegang kepadanya. Jika tersalah membuat keputusan, mereka belajar daripada kesilapan itu dan tidak membuang masa membincangkan hal tersebut.

 Mereka yang berjaya mempunyai gambaran akhir impian tersebut terjadi. Mereka memulakan sesuatu projek dengan berimaginasi hasil akhir. Contohnya, mereka tahu apa gambaran terakhir yang menandakan mereka telah berjaya mencapai impian mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai matlamat yang tinggi.

 Apabila sudah sampai ke penghujung detisnasi, mereka tidak berhenti. Orang berjaya akan terus meneruskan usaha mereka dengan mempunyai matlamat baru yang lebih tinggi. Kejayaan bagi mereka bukanlah destinasi, tetapi lebih kepada proses untuk mencapai destinasi tersebut.

You Might Also Like

0 comments

Hai,..
Tinggalkan komen anda di sini,..
Sudi,Datang Lagi,..
Terima Kasih,..